Tuesday, August 4, 2009

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .

Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .

Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.

- Bernama

SEMUA orang tahu mengenai penyakit diabetes . Penyakit ini bukanlah suatu penyakit asing. Dengan jumlah pesakit yang kini dirujuk sebagai endemik di keseluruhan dunia, penyakit diabetes sudah boleh dianggap satu penyakit yang biasa dalam kehidupan moden hari ini.

Walaupun di diagnos menghidapi penyakit diabetes , ramai pesakit yang telah mengabaikan diet dan nutrisi harian yang sepatutnya bagi mereka.

Keadaan itu memburukkan lagi tahap kesihatan pesakit dan mendorong kepada pelbagai penyakit lain.

“Pesakit sebenarnya perlu memantau dan menjaga makanan yang mereka ambil jauh lebih teliti berbanding orang lain,” kata perunding penyakit diabetes di sebuah pusat kesihatan, Indra Balaratnam.

Katanya, darah pesakit penyakit diabetes mengandungi tahap glukosa tinggi yang disebabkan oleh sistem tubuh mereka yang tidak bertindak secara normal.

Oleh itu, tubuh mereka tidak dapat memproseskan glukosa dengan cara yang efisien.

Lantaran itu adalah sangat penting bagi pesakit penyakit diabetes menilai semula diet harian mereka untuk mencapai keseimbangan insulin dan glukosa.

Diet yang sihat adalah memastikan menu harian anda terdiri dari lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat kompleks, buah-buahan, sayuran, daging dan susu.

“Saiz hidangan bagi setiap kumpulan makanan ini sangat penting kerana ia membantu mendapatkan keseimbangan karbohidrat yang diambil,” katanya.

Jadi bagi mengukur saiz hidangan yang sepatutnya, anda perlu mempunyai satu set peralatan mengukur seperti peralatan mengukur membuat kek yang anda boleh peroleh di pasar raya.

Selain itu, pesakit penyakit diabetes juga seharusnya mempunyai jadual makan yang teratur dan tetap untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih efesien.

TAHUKAH anda bahawa hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan malah separuh daripada mereka tidak menyedarinya?
Dan 30 peratus daripada jumlah penduduk mempunyai berat badan yang berlebihan dan ini membuatkan mereka berisiko mendapat penyakit itu?

Oleh itu wajarlah anda mengambil tahu dan melakukan sesuatu mengenainya!
Diabetes adalah keadaan kesihatan kronik di mana tubuh tidak mampu menghasilkan insulin dan penguraian gula (glukosa) yang betul di dalam darah.

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comments