Tuesday, August 4, 2009

KENCING MANIS (Diabetes)

Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit kencing manis mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam.

PESAKIT kencing manis sering mengeluh apabila beranggapan ubat yang dimakan sebagai punca masalah klimaks.

Berdasarkan kes yang saya terima, ada pesakit kencing manis kecewa kerana tidak mampu menjalin hubungan intim, tetapi kesudahannya menghampakan apabila tidak berasa ‘nikmat’ ketika klimaks.

Sememangnya penyakit kencing manis menyumbang kepada masalah itu. Ini kerana, klimaks atau kemuncak rangsangan seksual dikawal hormon testosterone yang membantu menghasilkan perjalanan darah yang lancar, rangkaian urat saraf sihat dan minda sihat.

Justeru, apabila menghidap kencing manis, urat saraf dan perjalanan darah terganggu, menyebabkan penghidapnya kerap mengalami perubahan kesihatan seperti kebas kaki dan masalah klimaks, sama ada mudah klimaks atau tiada rangsangan ketika klimaks.

Begitupun, kesan itu bukan berpunca daripada ubat yang dimakan. Jika tidak memakan ubat, akan timbul masalah lain pula, mungkin lebih teruk.

Jangan salahkan ubat kerana yang perlu dilakukan adalah menjaga makan dan akur kepada nasihat doktor.

Hari ini, ramai berpendapat rawatan kencing manis doktor menjadi punca masalah klimaks, menyebabkan mereka mengambil jalan salah dengan tidak memakan ubat doktor.

Ada juga yang makan ubat ikut jadual sendiri dan bukan mengikut nasihat doktor. Perbuatan seperti itu berbahaya dan ibarat ‘menyabung nyawa’ kerana menyebabkan pesakit kencing manis berisiko mengalami kerosakan buah pinggang sehingga terpaksa menjalani ‘dialisis’ atau mencuci darah.

Jumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Jika kebetulan glucosa anda tinggi, ambil ubat kencing manis yang lebih baik atau buat rawatan suntikan hormon insulin. Kini, kaedah penyuntikan insulin mudah dilakukan.

Jika ujian hormon testosterone didapati kurang, rawatan hormon gantian testosterone, sama ada dalam bentuk suntikan atau ubat, dapat membantu memulihkan keadaan.

Anda juga perlu amalkan gaya hidup sihat. Ikut nasihat doktor mengenai amalan pemakanan dan lakukan senaman berkala. Senaman dapat membantu hormon testosterone kembali normal.
Jangan cuba makan ubat kuat atau ubat rangsangan kerana masalah itu memerlukan pemeriksaan doktor dan bukan sekadar cuba mencuba. Jika termakan ubat tidak sesuai, masalah lain pula akan berlaku.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 telah memberi petunjuk bahawa terdapat lebih kurang 8.3 peratus penduduk di Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis. Tapi apa yang kini menjadi masalah ialah masalah kencing manis yang dihadapi tidak disedari oleh separuh dari mereka

Jumlah penghidap kencing manis yang besar ini juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihadapi dan tidak perlu dipandang berat.

Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki.

Tiada ubat yang spesifik untuk penyakit kencing manis buat masa ini. Sesetengah ubat yang diambil secara teratur bagaimanapun boleh mengawal penyakit kencing manis. Pesakit juga dinasihatkan mengamalkan kesihatan yang betul.

Penyakit kencing manis secara asas sainsnya dikaitkan dengan kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin. Hormon ini diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Ia dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut.

Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Pengangkutan dan komunikasi Negeri, beliau telah mengingatkan tentang terdapatnya 1.8 juta atau sembilan peratus rakyat negeri ini yang sedang menghidapi penyakit kencing manis pada masa ini. Mengikut perangkaan, pada 2020, dijangka lima juta rakyat Malaysia akan menghidapi penyakit kencing manis.

Daripada statistik kes tersebut, dijangka terdapat lebih separuh akan turut memberi kesan pada organ lain yang mungkin akan mengakibatkan sakit jantung, buah pinggang, lumpuh dan rabun mata, jika sekiranya tiada rawatan diberikan. Jawapan kepada masalah ini untuk mengelakkan kesan lebih buruk ialah melalui program pencegahan awal. Disamping itu, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan oleh masyarakat dengan mengekalkan keperluan pengambilan makanan seimbang.

Penyakit kencing manis berlaku apabila badan kita tidak dapat lagi mengawal penggunaan gula melalui cara normal yang biasanya akan menyebabkan kerosakan pembuluh-pembuluh darah di dalam tubuh. Jika ini membawa kepada kerosakan ginjal, ‘diabetic nephropathy’ akan berlaku.

Selain itu, kadar gula yang agak tinggi di dalam darah adalah merupakan antara tanda utama penyakit kencing manis. Ini berlaku hasil daripada kurangnya hormon insulin yang dihasilkan dalam pankreas. Tubuh kita tidak mampu untuk melakukan metabolisme glukosa dengan baik tanpa hormon insulin. Sedangkan proses metabolisme diperlukan agar dapat diserapkan oleh sel-sel tubuh menjadi tenaga.

Merawat segera penyakit diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.

Diagnosis

Diagnosis penyakit diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.

Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai penyakit diabetes mellitus.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.

Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.

Faktor-faktor risiko

Faktor-faktor risiko penyakit diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).

Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.

KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Malaysia mencatatkan pesakit kencing manis golongan dewasa di Semenanjung Malaysia semakin meningkat. Jika 6.3 peratus pesakit pada tahun 1986, pada tahun 1996, ia bertambah sebanyak 8.8 peratus.

Berdasarkan perangkaan yang diperoleh, mereka mendapati setiap tahun bilangan pesakit kencing manis bertambah dalam kadar 0.2 peratus setahun.

Menyedari penyakit diabetes semakin meningkat dan menyerang lebih kurang 250 juta individu di dalam dunia, Kumpulan Advance telah menjalankan Kajian Penyakit Diabetes Type II (Jenis II).

Kajian tersebut bertujuan menyelesaikan beberapa isu yang belum dirungkai, terutamanya yang berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes jenis kedua.

Kencing manis atau Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.
KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .

Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .

Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.

- Bernama

SEMUA orang tahu mengenai penyakit diabetes . Penyakit ini bukanlah suatu penyakit asing. Dengan jumlah pesakit yang kini dirujuk sebagai endemik di keseluruhan dunia, penyakit diabetes sudah boleh dianggap satu penyakit yang biasa dalam kehidupan moden hari ini.

Walaupun di diagnos menghidapi penyakit diabetes , ramai pesakit yang telah mengabaikan diet dan nutrisi harian yang sepatutnya bagi mereka.

Keadaan itu memburukkan lagi tahap kesihatan pesakit dan mendorong kepada pelbagai penyakit lain.

“Pesakit sebenarnya perlu memantau dan menjaga makanan yang mereka ambil jauh lebih teliti berbanding orang lain,” kata perunding penyakit diabetes di sebuah pusat kesihatan, Indra Balaratnam.

Katanya, darah pesakit penyakit diabetes mengandungi tahap glukosa tinggi yang disebabkan oleh sistem tubuh mereka yang tidak bertindak secara normal.

Oleh itu, tubuh mereka tidak dapat memproseskan glukosa dengan cara yang efisien.

Lantaran itu adalah sangat penting bagi pesakit penyakit diabetes menilai semula diet harian mereka untuk mencapai keseimbangan insulin dan glukosa.

Diet yang sihat adalah memastikan menu harian anda terdiri dari lima kumpulan makanan iaitu karbohidrat kompleks, buah-buahan, sayuran, daging dan susu.

“Saiz hidangan bagi setiap kumpulan makanan ini sangat penting kerana ia membantu mendapatkan keseimbangan karbohidrat yang diambil,” katanya.

Jadi bagi mengukur saiz hidangan yang sepatutnya, anda perlu mempunyai satu set peralatan mengukur seperti peralatan mengukur membuat kek yang anda boleh peroleh di pasar raya.

Selain itu, pesakit penyakit diabetes juga seharusnya mempunyai jadual makan yang teratur dan tetap untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih efesien.

TAHUKAH anda bahawa hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan malah separuh daripada mereka tidak menyedarinya?
Dan 30 peratus daripada jumlah penduduk mempunyai berat badan yang berlebihan dan ini membuatkan mereka berisiko mendapat penyakit itu?

Oleh itu wajarlah anda mengambil tahu dan melakukan sesuatu mengenainya!
Diabetes adalah keadaan kesihatan kronik di mana tubuh tidak mampu menghasilkan insulin dan penguraian gula (glukosa) yang betul di dalam darah.

Monday, August 3, 2009

Borak-borak

Mari kita berkongsi cerita-cerita...